Uncategorized

MKL Crimedesk | Pusat Judi Online Digempur Polis



JENAYAH MINGGU INI. Like,

POLIS MEMBONGLAR KEGIATAN SEBUAH PUSAT SNUKER YANG MENJALANKAN KEGIATAN PERJUDIAN ATAS TALIAN ATAU ONLINE MEWAH DI SERI KEMBANGAN, SELANGOR AWAL PAGI TADI.

SIASATAN DAN RISIKAN POLIS MENDAPATI PUSAT SNUKER INI MENJADI TUMPUAN ORANG RAMAI UNTUK BERTARUH SEJAK BEBERAPA BULAN LEPAS.

BERTINDAK ATAS MAKLUMAT DAN RISIKAN SEPASUKAN ANGGOTA POLIS DIKETUAI INSPEKTOR ZULKARNAIN DAN ASP ROSLIN DARI BAHAGIAN PERJUDIAN D7 IPD SERDANG MELAKUKAN SERBUAN BERMULA JAM 12.15 TENGAH MALAM TADI.

HASIL SERBUAN BERJAYA MENANGKAP 2 PEKERJA DAN SEORANG PENJAGA PREMIS.

TURUT DITAHAN 14 KAKI JUDI YANG SEDANG BERTARUH SEHINGGA TIDAK MENYEDARI KEHADIRAN ANGGOTA POLIS.

SEMAKAN MENDAPATI ADA KAKI JUDI INI BERAGAMA ISLAM YANG TIDAK MENGHORMATI KESUCIAN BULAN RAMADAN DENGAN BERJUDI

ADA JUGA PEKERJA DAN PELANGGAN DIDAPATI WARGA ASING DAN TIDAK MEMILIKI DOKUMEN PERJALANAN SERTA PERMIT KERJA YANG SAH .

HASIL SERBUAN POLIS MERAMPAS 80 MESIN JUDI TERMASUK SEBUAH MESIN UTAMA DAN WANG TUNAI YANG DIPERCAYAI HASIL KEGIATAN DI PREMIS INI.

SEMUA TANGKAPAN DAN RAMPASAN DIBAWA KE IPD SERDANG UNTUK TINDAKAN LANJUT.

Follow & Subscribes us at:
https://www.facebook.com/pages/MKLcrimedesk/742942239052042?ref=hl
http://mklcrimedesk.com/

We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!
We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com
Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!

Source

Similar Posts