Uncategorized

MKL Crimedesk | D7 Selangor Serbu Pusat Counting Centre Perjudian Online



[ JENAYAH MINGGU INI ]

Polis Selangor membongkar satu lagi kegiatan sindiket perjudian atas talian atau online..

…hasil serbuan di sebuah premis di Prima Perdana, Ampang Selangor semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata modus operandi sindiket itu adalah beroperasi sepenuhnya secara online..

Pelanggan akan dicari melalui iklan iklan menggunakan aplikasi seperti whatsapp, we chat dan laman sosial..

Mereka yang berminat kemudian akan diberikan pautan laman web untuk melakukan pertaruhan .

Sindiket juga menggunakan Virtual Private Network VPN bagi mengelak dikesan pihak berkuasa mengenai pautan laman web yang akan digunakan untuk bertaruh.

Dalam serbuan dilakukan dipremis yang dijadikan pusat pengiraan itu..seramai 13 individu membabitkan 6 perempuan Melayu, 5 wanita dan dua lelaki cina tempatan ditahan.

Mereka dipercayai menjadi ejen untuk mencari pelanggan dan menguruskan pertaruhan .

Hasil serbuan itu juga polis merampas 17 set komputer, 3 komputer riba, 26 kad bank dan buku cek.

Sindiket terbabit dipercayai menguruskan pertaruhan antara 10 hingga 15 juta ringgit sebulan.

Kesemua tangkapan dan barang rampasan dibawa ke IPD Ampang untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perjudian .

__

#MKLcrimedesk #JudiOnline #Malaysia

Like, Follow & Subscribes us at
Facebook https://www.facebook.com/metronewsmedia
Twitter https://twitter.com/twt_metronews
Instagram http://instagram.com/metronewskl

We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!

We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com
Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!

Source

Similar Posts