Uncategorized

MKL Crimedesk | Amaran Keras Pelindung Pusat Judi Haram ..Acp R Munusamy



KETUA POLIS DAERAH SENTUL ACP R MUNUSAMY MEMBERI AMARAN KERAS MANA MANA YANG BERSEKONGKOL DENGAN PENGUSAHA PUSAT JUDI HARAM TERMASUK ANGGOTA POLIS YANG MEMBERI PERLINDUNGAN AKAN DI AMBIL TINDAKKAN KERAS.

BELIAU BERKATA PENGUSAHA PUSAT JUDI HARAM BERTAMBAH LICIK DAN MENJALAKAN OPERASI LEWAT MALAM BAGI MENGABURI PIHAK BERKUASA.
WALAU BAGAIMANAPUN POLIS BERJAYA MENGESAN SEBUAH PREMIS PUSAT JUDI HARAM DI BANDAR BARU SENTUL.

SEHARI SEBELUM MENJELANG RAMADAN… MASIH LAGI ADA PEMUDA ISLAM YANG LIGAT BERTARUH DI MESIN JUDI.
MALAH PENJAGA PREMIS BERAGAMA ISLAM JUGA TIDAK SEGAN SILU MENJALANKAN KEGIATAN.

EKORAN ADUAN MASYARAKAT SETEMPAT.. KEDAI JUDI ONLINE ITU DIGEMPUR.
OPERASI DADU YANG DILAKUKAN POLIS BAHAGIAN IPD SENTUL BERJAYA MEMBERKAS 2 PENJAGA PREMIS DAN 5 TAHI JUDI BERAGAMA ISLAM.
KETIKA SERBUAN… KESEMUA PELANGGAN LEKA BERTARUH.

22 BUAH KOMPUTER PERJUDIAN ONLINE SERTA 4 MESIN SLOT DIRAMPAS.

MENURUT KETUA POLIS IPD SENTUL ACP R. MUNUSAMY, RISIKAN MENDAPATI HANYA PELANGGAN DIKENALI SAHAJA BOLEH MEMASUKI PREMIS.

PERTARUHAN JUGA DIBENARKAN SEHINGGA 100 RIBU RINGGIT.

PREMIS JUGA DIDAPATI BEROPERASI 24 JAM.

SEJUMLAH WANG TUNAI HASIL JUDI LEBIH SERIBU RINGGIT TURUT DIRAMPAS.

KESEMUA TANGKAPAN DAN RAMPASAN DIBAWA KE IPD SENTUL UNTUK TINDAKAN LANJUT.

Source

Similar Posts