Uncategorized

5000 Pusat Judi Bersepah!



Operasi demi operasi dilakukan, mesin demi mesin dirampas, tetapi bilangan premis mereka semakin bertambah? Hairan. Mana-mana anggota Polis, Pegawai polis, mana mana individu yang terlibat memberi perlindungan kepada rumah judi ini, mereka tidak akan terlepas dari dikenakan tindakan oleh kdn.

Ada tangan-tangan ghaib seolah-olah menjaga pusat judi ini sehingga mereka menjadi begitu kebal. Soalnya siapa?

Satu sidang media telah berlangsung di Pejabat Muafakat bagi mengetengahkan isu ini.

Pembela dengan ini mendesak Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang menghalang perkara ini sebagaimana yang ditegaskan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Zahid Hamidi.

Pembela melahirkan rasa kecewa terhadap ketidak keberkesanan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa.

Pembela juga mendesak supaya pihak KDN dapat memastikan tidak ada tangan-tangan yang menghalang dan mencadangkan agar satu Suruhanjaya ditubuhkan bersama Suruhanjaya Integriti bagi memastikan hal ini berjalan lancar

Adakah pendedahan selama ini hanya sekadar retorik?
Presiden Perkid, Ustaz Masridzi Sat berkata, pemilik pusat judi haram ini seolah-olah sudah menjalinkan jaringan dengan beberapa agensi sehingga menyebabkan mereka terlampau kebal.

Sidang media kali ini melibatkan beberapa ngo termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Pertubuhan Muafakat, Aswaja dan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia.

Bagi Presiden Muafakat, beliau sangat berbangga dan menyokong seratus peratus usaha yang dilakukan oleh PPIM bagi membanteras isu judi ini.

Source

Similar Posts